Viral
"Nasib Dia Orang Tak Sumbat Mulut I Dengan Selipar Jamban" - Chef Zam Kongsi Pengalaman Jalani Endoskopi
Chef selebriti, Chef Zam telah selamat menjalani prosedur endoskopi di sebuah hospital di ibu kota petang semalam.
Menurut perkongsian di Instagramnya, Chef Zam sempat merakamkan beberapa siri video sepanjang prosedur itu berlangsung.
"When one was born a natural chatterbox, even Midazolam (nama ubat) was having a hard time at work today!
" I can't remember anything from this video though!
"Kudos to @dr.mustafamt and his very friendly team from the HUKM Endoscopy Unit for the patience & professionalism," tulisnya.
A post shared by Professor Chef Zam (@chef_zam) on
Bagaimanapun, ada bahagian kapsyen entri terbabit mencuit hati netizen biarpun Chef Zam sedang bergelut dengan kesakitan.
"Nasib baik dia orang tak sumbat mulut I dengan selipar jamban!" tambah Chef Zam.
A post shared by Professor Chef Zam (@chef_zam) on
Prosedur itu kata Che Zam sekadar pemeriksaan kesihatan dan semuanya telah berjalan lancar.
Namun, ada segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan Chef Zam merakam dan memuat naik video berkenaan dan ini jawapannya.
"Jangan menuduh membuta tuli. Kebenaran adalah hak Doktor Pakar yang merawat.
"Ada yang tak membenarkan kerana bimbang nanti jadi viral yang negatif, macam Puan buat sekarang ni lah!" jawab Chef Zam.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @chef_zam
Must-Watch Video