Hiburan
Neelofa Hanya Beraya Di KL, Bakal Dedah Wajah Abdullah Abbas Syawal Ini? - “Tengoklah Bagaimana…”
Tiada yang berubah, selebriti dan usahawan terkenal Neelofa memberitahu dia dan keluarganya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur.
Menurut Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia hanya akan pulang ke kampung halaman di Kelantan sekiranya berkesempatan.
"Raya tahun ini sangat simple, sama seperti beberapa tahun ke belakangan ini. Saya raya di Kuala Lumpur, tetapi jika ada kesempatan masa dan ruang untuk balik ke kampung (Kelantan) insya-Allah balik.
"Sejak musim Covid-19, memang dah raya di KL sahaja. Lagi pun keluarga Haris pun berada di KL. Senang semua di sini,” kata Neelofa kepada Gempak.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Raya Astro 2024 yang berlangsung di Le Meridien, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Kongsi Wajah Abbas?
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail atau PU Riz itu berkata persediaan menyambut raya dilakukan dalam keadaan sederhana.
"Persediaan baju hanya sehelai sahaja, yang hari-hari seterusnya pakai baju yang sedia ada,” ujarnya lagi.
Sementara itu, disoal adakah peminat bakal menyaksikan wajah anak keduanya iaitu Abdullah Abbas pada Syawal ini, Neelofa tidak dapat memberikan kepastian.
"Tidak tahu lagi, tengok lah bagaimana,” katanya.
Untuk info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Januari lalu.
BERITA TRENDING: Lebih Masa Di Rumah, Neelofa Mahu Khatam Quran - “Ramadan Kali Ini Paling Bermakna & Tak Sibuk”
BERITA TRENDING: Neelofa Akui Ketidaksempurnaan Dalam Memberi Pandangan - “Bila Sentuh Ibu Bapa, Penjelasan Dalam Bab Agama Itulah Dia”
#Neelofa
#Hari Raya
#PU Riz
#Haris Ismail
#Muhammad Bilal
#Wajah Bilal
#Anak Neelofa
#Abbas Abdullah
#Wajah Abbas