Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Neelofa Kongsi Momen Romantis Dengan Suami, Terima Hadiah Sempena Raya Bakal Tiba - “Moga Mencurah Rezeki You Sebab…”

Asyikin Mayudin 14/04/2023 | 12:55 MYT
Selebriti terkenal Neelofa berkongsi momen romantis suaminya iaitu penceramah selebriti Haris Ismail yang mahu memberikan hadiah sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instastory, Neelofa mndedahkan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz memberi kejutan dengan menghadiahkannya sebentuk cincin.

“Suami tanya raya nak hadiah apa? Handbag ke cincin?. Hm tak apa la, tengok macam mana (selang beberapa hari, dapat call).

“H (Haris): size cincin you berapa? I dekat Faiq ini @faiqjewels. N (Neelofa): *sengih sampai ke telinga*,” kata Neelofa.

Sebagai tanda penghargaan, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana sentiasa mencuba untuk membahagiakan dirinya.

“Terima kasih @hrisbismail, moga mencurah-curah rezeki you sebab cuba bahagiakan isteri,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, hos program Next To Neelofa terharu apabila menerima seutas gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin sebagai hadiah hari lahir pada 10 Februari lalu.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

#Neelofa #Haris #Haris romantis #Neelofa cincin #Neelofa hadiah #Neelofa Haris
;