Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”

Shahrin Zulkifle 04/02/2023 | 15:00 MYT

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa mengambil keputusan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasut berjenama mewah miliknya pada satu karnival preloved yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Februari ini.

Menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories, Neelofa, 34, berkata kebanyakkan kasut tersebut sudah tidak lagi digunakan.

Malah jelasnya, lebih banyak dijual secara preloved dengan harga yang murah berbanding tersimpan di dalam kotak.

“Saya nak buat preloved kasut-kasut saya yang sangat banyak. Saya ada jenama Louis Vuitton, Balenciaga, Prada dan banyak lagi. Semua kasut-kasut ini saya dah tak pakai sangat sekarang.

“Kasut-kasut ini kalau tak dalam kotak je, tak tahu nak pakai bila. Ada satu kasut yang harga RM14,000 tapi nak jual RM1,000 je. Ada yang belas-belas ribu dan puluh ribu, jual RM400, RM500 je la. Ada yang nak jual RM200, RM300 ikut harga yang nanti kita letak,” katanya.

Pada perkongsian sama, Ibu kepada Muhammad Bilal itu turut mengingatkan bakal pembeli bahawa semua koleksi kasut tersebut sudah pun dipakai dan bukan dalam keadaan yang sempurna seperti baharu.

“Saya cuma nak beritahu, kasut saya ini semua 90 peratus dah pakai, tapi ada juga selebihnya yang masih belum pakai. Jadi kepada anda jangan ingat ia masih dalam keadaan sempurna,” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Neelofa #Preloved #Bilal
;