Hiburan
Neelofa Ramal Hasrat Amir Jahari, Astana Ernie Zakri Bakal Juara AJL38
Seperti kelaziman setiap tahun, pengacara popular Neelofa tampil meramal lagu yang dijangka bakal mendapat tempat utama di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tahun ini.
Menerusi hantaran di platform X, Neelofa memilih lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari dan Astana (Ernie Zakri) antara karya yang mungkin menjadi juara.
“My #AJL38 predictions, potentially the winners are Hasrat (my bias because I liked and watched the movie) and Astana,” tulis Neelofa.My #AJL38 predictions, potentially the winners are:- Hasrat (my bias because I liked and watched the movie)- Astana— Neelofa (@Neelofa) March 3, 2024
Terdahulu, Neelofa berseloroh meminta wargamaya melakukan sendiri ramalan pemenang menerusi ruangan komen ciapannya itu.
“Haha, tahun ini bersara. Korang ‘propose’ lah,” tulisnya.
Untuk rekod Hasrat merupakan lagu ciptaan Amir Jahari sepenuhnya.
Manakala Astana pula dihasilkan bersama oleh Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri dan Syamel.
Selain dua karya ini lagu yang turut bertanding adalah Sutera (Aisha Retno), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Bintang (Hael Husaini), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul) dan Santai (Naqiu).
Lagu-lagu lain termasuk Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).
Berita Trending: Dikutuk Lagu Sendu, Kalam Dari Shiha Zikir Bertanding AJL 38
Sekadar info, AJL 38 akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil dan akan ditayang di saluran TV3, jam 9 malam, pada 3 Mac ini.Untuk rekod, Neelofa meraih perhatian apabila ramalannya untuk melihat Aina Abdul dan Alif & The Locos mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menjadi kenyataan apabila Aina dinobatkan sebagai juara manakala Alif & The Locos meraih tempat ketiga.
Must-Watch Video