Laman Utama

Neelofa Sah Dirisik PU Riz!

Fiza Kamarudin
01/11/2020
11:41 MYT
Sponsor Banner
Neelofa Sah Dirisik PU Riz!
Sejak petang tadi (Ahad) warganet mula berspekulasi mengenai kunjungan pendakwah dan penceramah bebas PU Riz ke kediaman usahawan popular, Neelofa.
Bagaimanan teka-teki seakan terjawab ibu kepada Neelofa mengesahkan perkara tersebut di laman sosial Instagramnya.
Dalam pada itu, sumber yang dipetik menerusi Astro Awani berkata, majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.
Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.
Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.
Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.
Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.
Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Petang tadi, pengurus Neelofa Shawn Amer ketika dihubungi Gempak memberitahu, tidak tahu menahu tentang majlis tersebut.
Gempak juga sedang mendapatkan pengesahan daripada Neelofa dan PU Riz namun kedua-dua mereka masih belum memberikan maklum balas.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar