Hiburan
Neelofa Terkejut Bilal Mampu Hafal Ayat Pertama Surah Yasin - “Dia Memang Minat, Tak Ada Pun Macam Kita Suruh…”
Menganggap ia satu anugerah dari Allah, selebriti dan usahawan terkenal Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Hafal surah pendek dalam Juzuk 30, menurut Neelofa, perkara itu datang dengan sendirinya tanpa sebarang paksaan dari dia mahupun suaminya, Haris Ismail.
“Alhamdulillah, sebenarnya memang itu adalah rezeki dan anugerah dari Allah. Dia memang minat dengan baca bacaan Al-Quran.
“Dia minat, tak ada paksaan, tak ada suruh atau push. Memang dari kecil sesiapa baca Al-Quran je dia akan pergi dengar dan duduk dekat-dekat. Itu adalah satu rezeki yang Allah bagi kat dia.
“Dan sebab dia ada minat tu kalau dia dengar apa-apa surah tu dia ingat. Budak kecilkan dia senang ingat Al-Quran. Dia hafal surah-surah pendek dalam Juzuk 30,” katanya.
Terkejut Bilal Hafal Ayat Pertama Surah Yasin
Neelofa turut berkongsi dia dan Haris berasa terkejut apabila Bilal mampu membaca beberapa ayat pertama surah Yasin dengan sendirinya.
“Dia suka baca surah Al-Asr. Yang paling saya terkejut sekali bila memang Juzuk 30 tu banyak yang dia dah hafal. Yang paling saya terkejut dengan suami tu bila baru-baru ini beberapa ayat pertama surah Yasin tu dia ingat.
“Kami macam terkejut. MashaAllah, Tabarakallah, dia memang minat. Tak ada pun macam kita suruh ke tak. Itu dia sendiri,” jelasnya.