Hiburan

Nekad Untuk Berdoa Di Hijir Ismail Berseorangan, Mawar Rashid Syukur Dibantu Dua Wanita - "Memang Ramai Sangat Berhimpit Tapi ..."

Zulaikha Yusof
30/10/2020
01:00 MYT
Sponsor Banner
Nekad Untuk Berdoa Di Hijir Ismail Berseorangan, Mawar Rashid Syukur Dibantu Dua Wanita - "Memang Ramai Sangat Berhimpit Tapi ..."
Pelakon Mawar Rashid berkongsi memori pertama ketika mengerjakan ibadah umrah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada bulan Mac lalu.
BACA: "Alhamdulillah Syukur Akhirnya Dapat Jejak Di Tanah Suci Dengan Mummy..." Mawar Rashid
Menurut Mawar, 25, dia nekad untuk pergi berdoa berseorangan di Hijir Ismail kerana ketika itu suaminya, Raf Yaakob sedang bersolat.
"Alhamdulillah betul-betul sebelum PKP bulan 3 dulu, sempat buat umrah. Kali pertama Mawar menjejak ke tanah suci. Tak sabarnya nak pergi sana lagi.
"Rindu yang teramat. Masa ni, Mawar sorang-sorang nak pergi doa kat Hijir Ismail.
"Raf tengah solat. Berdebar-debar nak masuk kat situ. Semua nak pergi doa kat situ kan tapi Mawar memang nekad nak doa juga kat situ.
"Sebab tu Mawar cuba pergi juga kat situ. Memang ramai sangat berhimpit tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan," tulisnya di Instagram (IG).
Tambah pelakon drama TQ Captain itu lagi, dia telah bertemu dengan dua orang wanita yang membantunya untuk bersama-sama pergi berdoa.
Antara doa pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu adalah untuk bisnes kosmetik yang sedang diusahakan dan juga rumah tangganya.
"Bertemu dengan 2 orang aunty yang sama-sama berjuang untuk nak berdoa kat Hijir Ismail. Mawar nampak 2 orang aunty ni pastu Mawar tanya “cik.. boleh ke Mawar nak masuk sekali dengan cik sebab Mawar sorang ni”.
"Aunty tu terus tarik Mawar dan suruh Mawar pegang kuat-kuat aunty tu. Alhamdulillah, lama jugak dapat pegang kucup kain Kaabah, sambil doa sampai senget-senget tudung.. Rindu.
"Ingat lagi, antara doa Mawar ialah untuk @mawarosehq dan untuk rumah tangga Mawar.. Syukur Alhamdulillah," tulisnya lagi.
Rindu yang teramat.. . . Time ni, Mawar sorang2 nak g doa kat Hijr Ismail.. Raf tengah solat. Berdebar2 nak masuk kat situ.. semua nak g doa kat situ kan.. tapi.. Mawar mmg nekad nak doa jugak kat situ, sbb tu Mawar cuba g jugak kat situ.. mmg ramai sgt berhimpit.. tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan.. bertemu ngn 2 org aunty yg sama2 berjuang untuk nak berdoa kat Hijr Ismail.. Mawar nampak 2 org aunty ni.. pastu Mawar tanya.. “cik.. boleh ke Mawar nak masuk skali ngn cik.. sebab Mawar sorang ni” aunty2 tu terus tarik mawar, and suruh Mawar pegang kuat2 aunty tu.. ????.. Alhamdulillah, lama jugak dapat pegang kucup kain Kaabah, sambil doa.. sampai senget2 tudung.. Rinduuuuu.. . . Ingat lagi, antara doa Mawar ialah untuk @mawarosehq dan untuk rumah tangga Mawar.. Syukur Alhamdulillah ???? . . Alhamdulillah betul2 sebelum pkp bulan 3 dulu, sempat buat umrah.. kali pertama Mawar menjejak ke tanah suci ? Tak sabar nye nak pergi sana lagi ????? agak2 next time, Mawar akan dapat pergi ngn siapa ya ? . Salam Maulidur Rasul
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan Rafael pada 13 Mac tahun lalu.
Pada Jun lalu, Mawar mengumumkan sedang hamil anak kedua.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar