Viral

“Nenek Tua Ini Menyeramkan” - Aleeya Zailan Kongsi Pengalaman Keluarga Diekori Nenek di Pusat Beli-Belah

Ainun
01/11/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Nenek Tua Ini Menyeramkan” - Aleeya Zailan Kongsi Pengalaman Keluarga Diekori Nenek di Pusat Beli-Belah

Usahawan kosmestik Aleeya Zailan telah berkongsi detik cemas apabila keluarga diekori oleh seorang nenek tua ketika mereka sedang membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di China.

Menerusi video berdurasi empat minit 37 saat tersebut, mereka kelihatan tidak selesa dan ketakutan dengan kehadiran nenek itu yang sering mengikuti mereka ke mana-mana sahaja di dalam pusat beli-belah berkenaan.

“Nenek ni seram! Dia masih terus ikut kami kemana sahaja, tolonglah kami!,” katanya menerusi kapsyen di TikTok.

Pada masa yang sama, mereka juga meminta pekerja pusat membeli-belah itu untuk menghalau nenek tua tersebut daripada mengikuti mereka sekeluarga.

@avenyshq
nenek ni seram! dia keep on following is everywhere? help!
♬ original sound - Avenys

Walau bagaimanapun, selepas nenek itu dihalau oleh pekerja pusat membeli-belah tersebut, suami kepada usahawan terkenal itu tiba-tiba mengalami kesakitan di bahagian kaki.

“Kaki Bigboss tiba-tiba rasa macam urat putus dan tidak boleh berjalan setelah nenek itu dihalau oleh pekerja pusat beli-belah tersebut.

“Ini bukan buat-buat ye. Terus Bigboss Pergi rut malam tu. Lepas tu baru dia okay sikit,” kongsinya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kerisauan terhadap keadaan Aleeya dan keluarganya yang kini berada di China.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

Sebelum ini, Aleeya Zailan pernah berkongsi bahawa dia dan keluarganya telah mandi air kotor di sebuah hotel lima bintang di Melaka.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar