Laman Utama

Nenek Usia 83 Tahun Akhirnya Bercerai, Tak Sanggup Jaga Suami Muda Pemalas!

Mya Amri
30/07/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
Nenek Usia 83 Tahun Akhirnya Bercerai, Tak Sanggup Jaga Suami Muda Pemalas!
Seorang nenek berusia 83 tahun, Iris Jones akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya yang berusia 37 tahun.
Menurut Iris, dia berasa menyesal kerana tidak mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakannnya apabila mereka memberi amaran tentang hubungan itu.
Malah, Iris juga mendedahkan suaminya yang juga merupakan lelaki kelahiran Mesir iaitu Mohamed Ibriham merupakan seorang pemalas.
“Saya berasa penat kerana perlu menjaga dia. Saya harus melakukan semua kerja rumah, daripada memasak, mengemas sehinggalah membersihkan rumah.
“Hidup saya lebih baik tanpa dirinya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan juga rakan-rakan sebelum ini.
“Namun tak mengapalah, benda dah jadi. Saya menyesal mengenalinya dan saya sedar, suami yang terbaik adalah suami pertama (bekas suami) saya, Gwyn.
“Kini saya lebih gembira dengan hidup saya dan bersama kucing kesayangan, Mr Tibbs, dia adalah cinta baru saya. Saya bersyukur dapat berpisah dengan Mohamed,” jelasnya
Terdahulu, kisah cinta Iris menjadi tular dan mendapat perhatian dunia selepas mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2020.
Sumber: LADbible
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar