Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Nervous Gila Walaupun Second Time” - Fazura Buat Swab Test Sampai Berair Mata

Azwa Rahman 03/03/2021 | 09:31 MYT
Aktres jelita Nur Fazura gementar apabila mengambil ujian saringan COVID-19 buat kali kedua di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Fazura berkongsi sedutan video ujian saringan tersebut di IG Story untuk tatapan umum.
“Nervous gila sebenarnya walaupun ni second time dah.
“Haha thank you so much Dr Raj for distracting me with small talks and making it super easy,” tulis Fazura sebagai kapsyen di IG Story.
Menerusi perkongsian itu lagi, Fazura yang ditemani pengurusnya mengambil swab test di bahagian hidung serta mulut sampai berair mata.
Sekadar info, Fazura merupakan salah seorang juri bagi rancangan komedi Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) di samping Datuk Awie dan aktor Zul Arifin.
Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) sudah kembali membuka tirai pada Jumaat ini.
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.
#Nur Fazura #COVID-19 #Swab Test
;