Hiburan
"Nervous Rasa Macam Nak Lari Hospital!" - Siti Elizad Bakal Jalani Pembedahan Buang Cyst
Menerusi entri di Instagram, selebriti dan bekas peserta Super Spontan Xtravaganza, Siti Elizad mendedahkan dirinya kini berada di hospital dan sedia untuk menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan cyst yang berukuran 8 sentimeter.
Menurut Elizad, dia gementar untuk menjalani pembedahan itu dan pada masa yang sama, aktres itu memohon doa netizen.
"Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, 'nervous' rasa macm nak lari dari hospital, saya minta anda semua doakan supaya semuanya dipermudahkan dan selamat.
"Saya akan menjalani pembedahan cyst yang berukuran 8 sentimeter dan akan bercuti bulan ini, maaf untuk semua produksi, insya-Allah saya akan kembali beraksi pada bulan Oktober nanti," tulisnya.
Selebriti ini turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan rapat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap dirinya.A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on
Elizad mulai aktif di dunia hiburan pada tahun 1994 dan masih berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video