Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Nervous Rasa Macam Nak Lari Hospital!" - Siti Elizad Bakal Jalani Pembedahan Buang Cyst

Asraf Aided 05/09/2018 | 12:21 MYT
Menerusi entri di Instagram, selebriti dan bekas peserta Super Spontan Xtravaganza, Siti Elizad mendedahkan dirinya kini berada di hospital dan sedia untuk menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan cyst yang berukuran 8 sentimeter.
Menurut Elizad, dia gementar untuk menjalani pembedahan itu dan pada masa yang sama, aktres itu memohon doa netizen.
"Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, 'nervous' rasa macm nak lari dari hospital, saya minta anda semua doakan supaya semuanya dipermudahkan dan selamat.
"Saya akan menjalani pembedahan cyst yang berukuran 8 sentimeter dan akan bercuti bulan ini, maaf untuk semua produksi, insya-Allah saya akan kembali beraksi pada bulan Oktober nanti," tulisnya.

Salam semua kesayangan2 saya . Tibalah harinya , hari yg ditunggu2 & neves rasa mcm nak lari hospital . ? Nak minta korang DOAKAN saya semuanya dipermudahkan dan selamat ya . Saya akan menjalani pembedahan Cyst , 8cm . Dan akan “ bercuti “ bulan ini . Tiada hadiah yg paling istimewa & hebat dr korang semua , selain DOA utk saya . Anyway , terima kasih byk buat teman2 rapat yg fully support saya yg bagi bunga , buah , coklat , kad & etc . Apa pun dapat DOA dr korang dah cukup terbaik buat saya , akan saya ingat sampai bila2 . ❤️ . . P/s : Maaf utk mana2 shooting & production . Inshaallah saya akan kembali beraksi bulan 10 nanti . Doakan ya ! Love - Elizad Sharifuddin @elizad_team . Maaf mana2 yg x sempat jwp wassap / call . ?? - Apa2 hubungi Cik Noor atau Admin @elizad_team .

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Selebriti ini turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan rapat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap dirinya.
Elizad mulai aktif di dunia hiburan pada tahun 1994 dan masih berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Siti Elizad
;