Netanyahu Tetap Degil Tolak Gencatan Senjata, Akui Terpaksa Sasarkan Orang Awam Kerana Hamas
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tetap berdegil menolak permintaan antarabangsa yang memaksa Israel mengadakan gencatan sejata.
Perkara itu dimaklumkan sendiri olehnya menerusi satu temu bual bersama penyiar NBC, News, Kristen Welker pada Ahad.
Dalam temu bual pada Ahad itu juga, Netanyahu digasak dengan tekanan soalan dari Welker sehingga beliau akhirnya mengakui bahawa Israel terpaksa menyasarkan orang awam kerana Hamas.
Menurut Netanyahu, Hamas harus bertanggungjawab ke atas kematian orang awam kerana meletakkan pejuangnya dalam kawasan hospital, sekolah, serta fasiliti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Netanyahu juga ditekan dengan pertanyaan berkenaan pengeboman israel ke atas hospital-hospital di Gaza.
Netanyahu dalam masa sama turut menggesa pembebasan semua 239 tebusan yang diambil dalam serangan Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober lalu.
Perdana Menteri Israel itu juga mengesahkan kerajaan beliau sedang mengusahakan perjanjian untuk mendapatkan semua tawanan.
“Jika kita mahu keamanan, kita perlu memusnahkan Hamas. Inilah yang mesti Israel lakukan dan inilah yang akan dilakukan Israel,” katanya.