Netizen Approved Pencabar Baharu Kieda Crepe? - “Saya Sediakan Air Untuk Pelanggan Sebab Tak Mahu Ada Lagi Yang Pengsan”
Seorang usahawan dikenali sebagai Kek Tapak Kuda Aini berkongsi video memaparkan dia menyediakan air kepada pelanggan yang sabar beratur demi membeli manisan jualannya.
“Hari ini saya sediakan air ya untuk pelanggan sebab saya tak nak ada lagi yang pengsan ketika beratur.
“Jadi bagi yang datang beratur kalau haus boleh ambil minum dan sekiranya habis boleh bagitahu kepada team,” ujarnya di dalam video tersebut.
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 19 saat itu, Aini juga sempat beramah mesra dan bergambar bersama pelanggannya yang gigih beratur panjang.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen dapat dilihat ada yang memuji manisan ‘viral’ kek tapak kuda yang dijual Aini.
“Pernah try kek dia sebelum viral lagi, sedap lembut tak manis sangat sesuai untuk orang tua, orang yang tak suka manis pun jadi suka. Review jujur ni.
“Kek dia memang sedap, gebu, lembut dan inti dia tak kedekut,” tulis beberapa individu.
Berita Trending: “10 Dah Jumpa Minta Maaf, Yang Ketua Group Hilang Dari Radar” - Kieda Crepe Anggap Perangai Staff Sebagai…
Selain itu, hantaran ini turut menerima komen daripada netizen yang membandingkan intonasi yang digunakan Auni dengan usahawan yang pernah viral sebelum ini, Kieda Crepe.
“Tapi suka lah sebab dia tak pekik macam Kieda.
“Kat mana ni? Tapi bagus lah cara dia tak terpekik macam Kieda tu,” komen beberapa netizen lagi.
Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan bahawa Kieda Crepe dan Auni tidak mungkin akan bersaing kerana difahamkan mereka adalah teman rapat.
Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah menerima sebanyak 300 ribu tontonan di platform X.