Laman Utama
Netizen Dedah Harga Sebenar Stokin Anwar Ibrahim - “Stokin Kedai Eco Tu”
Bergelar orang ternama, sudah tentulah setiap gerak geri meraih perhatian, khususnya dalam kalangan netizen.
Mungkin itu yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak bergelar Perdana Menteri Ke-10. Dari telefon bimbit sehingga ke pen, apa sahaja yang dikongsikan di platform media sosial akan menjadi topik perbualan ramai.
Terbaharu, Anwar berkongsi beberapa keping gambar di Twitter sewaktu pertemuan bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik, netizen mendakwa sarung kaki atau stokin yang disarungkan oleh Anwar dibeli daripada kedai serbaneka Eco Shop.Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima patik mengadap pagi tadi. pic.twitter.com/LFlTIURTiP— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 18, 2022
“Stokin kedai Eco tu,” tulis seorang netizen.
“Seriuslah, mata korang tajam gila,” balas seorang lagi pengguna Twitter sambil menyertakan tangkap layar stokin berkenaan lengkap dengan harganya.
Sementara itu, ramai antara netizen yang turut mengakui membeli stokin di kedai yang serupa.
Untuk rekod, semua item yang dijual di Eco Shop berharga RM2.40.
Terdahulu, Anwar dihujani kritikan apabila menggayakan sepatu yang didakwa berharga sekitar RM5,500.
Namun, Anwar mendedahkan yang kasut berkenaan merupakan hadiah daripada Sultan Johor dua tahun yang lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video