Viral

Netizen Duk Berbalah Gara-Gara Rambut Khai Bahar Warna Perang! Pulak Dah ...

Amri Hassan
14/12/2018
04:14 MYT
Sponsor Banner
Netizen Duk Berbalah Gara-Gara Rambut Khai Bahar Warna Perang! Pulak Dah ...
Penyanyi popular Khai Bahar yang kini berada di Istanbul mencetuskan perbahalan sesama netizen menerusi sekeping foto yang dimuat naiknya semalam.
Dalam foto terbabit, rambut penyanyi yang popular dengan lagu Bayang itu kelihatan berwarna perang.
Namun, apa yang pasti menurut penjelasan daripada Khai sendiri, warna rambutnya itu hasil refleksi cahaya matahari pada waktu pagi.
"Rambut kena matahari la... Kalau warna pun takkan warna ni, Khai letak warna pink belah kanan, kuning belah kiri," katanya berseloroh.
A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on
Jawapan Khai itu menjawab pertanyaan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju sekiranya rambut perang menjadi imej pilihannya sebelum menutup tirai 2018.
Ramai dalam kalangan peminat Khai juga menjelaskan penyanyi kesayangan mereka tidak akan sesekali mewarnakan rambut dengan warna ekstrim kerana masih menghormati keluarganya.
Apapun, jaga diri di tempat orang!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar