Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Bollywood

Netizen Ejek Abishek Bachchan Tinggal Dengan Parents, Ini Jawapannya!

Amri Hassan 24/04/2018 | 05:06 MYT
Keputusan Abhishek Bachchan untuk masih tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya Amitabh dan Jaya Bachchan selepas berkahwin diejek netizen.
Menurut laporan Bollywoodlife.com, netizen di India menyifatkan Abhishek sebagai seorang yang pengecut dan anak manja.
Bagaimanapun, Abhishek tampil menjawab segala tuduhan netizen menerusi entri terbaharu di laman Twitternya.
"Ya! Inilah momen paling membanggakan bagi saya untuk berada bersama-sama mereka sama seperti mereka rasakan. Cubalah sekali sekala, anda mesti rasa lebih baik," tulisnya.
Abhishek pernah menyuarakan keputusannya untuk masih menetap bersama keluarganya selepas mendirikan rumah tangga dengan Ratu Cantik Dunia, Aishwarya Rai.
Disebabkan keputusan itu, timbul beberapa dakwaan berlaku perselisihan faham antara Aishwarya dan ibu mertuanya, Jaya Bachchan. Namun, khabar angin itu dinafikan.
Sumber: Bollywoodlife.com
Susunan oleh: Amri Hassan
Foto: Twitter, Carian Google
#Bollywood #Aishwarya Rai #Abhishek Bachchan
;