Netizen Gelar Aslam Kurang Ajar, Dakwa Tak Maklum Pada Abby Abadi Berita Kematian Anak – “Tak Matured Langsung”
Hantaran Abby Curi Perhatian
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Abby memuat naik video dia sedang berjalan dengan menggunakan lagu latar nyanyian Ghea Indrawari yang berjudul Jiwa Yang Bersedih.
“Tak terluah dengan kata-kata….,” tulis Abby ringkas.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Abby itu.
Netizen Dakwa Aslam Kurang Ajar
Rata-ratanya turut bersimpati dengan Abby malah ada juga yang menyifatkan tindakan suami Marissa iaitu Ahmad Aslam seolah membelakangkan Abby dalam perkara tersebut.
“Bagi aku Aslam memang menantu yang rude. Kalau aku sebagai ibu mertua pun pasti terasa. Dah la dia ambil anak kita cara tak elok, sepatutnya give effort untuk ambil hati Abby.
“Ibu mana yang tak sedih atau marah. Sebagai anak tak payah la terasa sangat kalau sedar diri sendiri yang buat salah. Kalau tak reti nak ambil hati sekalipun, jaga la hati Abby tu.
“Kau punya statement yang sengaja hanya mention ‘Bapa Mertua’ tu sumpah mengundang. Takkan tak fikik sebelum post? Padahal boleh je tulis ‘Keluarga Mertua’.
“Takkan dalamm situasi macam ni pun still nak seek attention? Jelas-jelas statement tu mengundang persepsi buruk, kang kena kecam kata ujian. Tapi diri sendiri yang mengundang kecaman. Kecaman netizen lantak la memang tak boleh tutup. Tapi takkan mak mertua kau pun kau nak lantakkan juga. Amboi-amboi, very rude eh Aslam.
“Ambil anak perempuan orang, bila orang tak suka kau palau in law ek. Baik tak payah buat statement kalau tambah api je. Lols. Tak matured Iangsung macam mana la nak handle dua bini tu,” tulis seorang netizen.
Berita kehilangan anak sulung Aslam dan Marissa mula heboh diperkatakan selepas dikatakan lahir pramatang dan Aslam mengesahkan berita tersebut.