Viral

Netizen Geram Perangai Warga Asing Berjoli Pakai Kad Debit Orang Tercicir - "Kalau Aku Kena Memang Hantar Balik Naik Bot"

Firdaus
13/02/2024
17:57 MYT
Sponsor Banner
Netizen Geram Perangai Warga Asing Berjoli Pakai Kad Debit Orang Tercicir - "Kalau Aku Kena Memang Hantar Balik Naik Bot"
Baru-baru ini, tular satu video di Platform X yang mendakwa seorang lelaki warga asing menggunakan kad debit individu lain yang tercicir untuk membuat pembayaran.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat lelaki tersebut membeli beberapa helai pakaian dan membuat pembayaran dengan menggunakan kad.

BERITA TRENDING: Wanita Kongsi Detik Cemas Hampir Dipukau Warga Asing Di Bukit Bintang! - "Mula-Mula Mereka Tanya Mana Money…

Posting itu meraih kritikan warganet di mana rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan lelaki warga asing berkenaan.
“Bela lah lagi diorang ni, kalau aku memang hantar balik naik bot yang bermasalah ni,”
“Memang b*bi warga asing ni,”
“Dari negara kelas ketiga memang bodoh, macam ni lah perangai.”
Dalam pada itu, ada juga segelintir yang memberi tips untuk membendung perkara itu daripada terus berlaku.
“Dah tiba masa penjual semak nama dekat kad dan pasport sebelum guna. Kita pergi luar negara pun penjual semak juga pasport dengan kad kita,”
“Pakai pin je semua, tak nak benda macam ni jadi,”
“Better guna TnG, kalau kad hilang, boleh lock terus guna apps.”
Bagaimanapun, tiada sebarang bukti kukuh menunjukman bahawa lelaki warga asing itu menggunakan kad individu lain bagi melakukan transaksi.
Setakat artikel ini ditulis, video itu meraih lebih 100,000 tontonan dan hampir 500 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar