UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Netizen Harap Ruhainies Tak Pilih Aliff Aziz Sebagai Pasangan, Ini Respons Tuan Badan - “Kita Tak Tahu Masa…”

Asyikin Mayudin 06/02/2025 | 08:25 MYT
Tiada pengesahan mengenai status hubungan namun pelakon Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz dilihat berbalas komen di laman Instagram dengan menghantar emoji bentuk ‘love’.

Menerusi ruang komen di perkongsian terbaharu Ruhainies, terdapat seorang netizen yang berharap aktres itu tidak bersama dengan penyanyi kelahiran Singapura tersebut.

“Tak payah dengan Aliff tu. You cantik dan kaya… cari lelaki lain yang mcm you juga,” tulis individu tersebut.

Tidak melatah dengan komen tersebut, adik kepada aktres Nur Risteena ini bagaimanapun mengajak netizen untuk mendoakan agar Aliff juga menjadi seorang yang berjaya.

“Terima kasih. Semua rezeki kita Allah yang bagi. Termasuk saya. Tapi kena usaha la. Kita doa Aliff pun berjaya juga satu hari.

“Kita tak tahu masa kedepan dia macam mana. Mari kita doakan untuk dia dan semua orang okay,” kata Ruhainies.

Tahun lalu nama Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 34, antara yang hangat diperkatakan kerana kontroversi ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac 2024.

Media melaporkan Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua pelakon tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dalam prosiding yang berlangsung pada 3 Julai 2024.

Kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.

#Kahwin #Aliff Aziz #Ruhainies #peminat
;