Laman Utama

Netizen Kecam Gadis Berumur 15 Tahun Lakonkan Adegan Suami Isteri

Amri Hassan
03/06/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
Netizen Kecam Gadis Berumur 15 Tahun Lakonkan Adegan Suami Isteri
Kecoh di media sosial apabila pelakon remaja bawah umur diberi watak sebagai isteri dalam drama bersiri Suara Hati Istri.
Ramai yang membantah tindakan tersebut dan menyifatkan pelakon bawah umur 17 tahun tidak seharusnya melakonkan aksi orang dewasa. Hinggakan tanda pagar #Zahra dan #Indosiar menjadi topik trending di Twitter sejak semalam. Watak Zahra dilakonkan oleh Lea Ciarachel yang kini baru berusia 15 tahun manakala suaminya dalam drama terbabit merupakan pelakon berusia 39 tahun, Panji Saputra.
Antara babak yang menjadi kontroversi drama berkenaan adalah ketika suaminya mencium kening Zahra selain mendekatkan wajahnya di bahagian perut Zahra yang sedang hamil.
Menerusi drama berkenaan, Lea turut melakonkan peranan sebagai isteri ketiga lelaki berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) turut tampil membantah tindakan yang telah melanggar tatacara penyiaran negara republik itu.
Justeru, stesen penyiarnya, Indosiar bersetuju untuk menggantikan pelakon wanita lain untuk melakonkan watak Zahra.
Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan agar produksi tersebut menukar jalan cerita agar tidak mengajak masyarakat melakukan pernikahan di bawah umur atau terlalu muda.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar