Laman Utama

Netizen Kecewa Lihat Sampah Bersepah Selepas Sambutan Hari Kebangsaan - “Inilah Erti Kemerdekaan Yang Sebenar Buat Rakyat Malaysia”

Izwan Isa
01/09/2022
02:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Kecewa Lihat Sampah Bersepah Selepas Sambutan Hari Kebangsaan - “Inilah Erti Kemerdekaan Yang Sebenar Buat Rakyat Malaysia”
Semalam telah berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Seramai sekitar 50,000 rakyat Malaysia berkumpul bersama-sama bagi menyaksikan acara sambutan serta perarakan Hari Kebangsaan yang berlangsung dengan sangat meriah.
Dari situ, semangat patriotisme dapat dilihat, lebih-lebih lagi apabila lokasi acara telah mula dipenuhi orang awam seawal 7 pagi.
Begitupun, ‘semangat’ kemerdekaan yang ada pada diri mereka yang hadir tidak kekal lama. Usai upacara perarakan dan sambutan Hari Kebangsaan 2022 selesai, lensa media sosial menyorot pada lambakan sampah sarap yang ditinggalkan.
Menerusi satu ciapan di Twitter, seorang netizen berkongsi rasa kecewanya dengan pemandangan yang tidak sepatutnya berlaku itu.
“Inilah erti kemerdekaan yang sebenar buat rakyat Malaysia. Tidak kira geng konsert, geng motor, geng final bola sepak etc, di mana sahaja rakyat berhimpun mereka tetap sehati sejiwa keluarga Malaysia teguh bersama membuang sampah merata-rata. Salam #Merdeka65 Malaysia,” katanya.
Sementara itu, selain masalah sampah, tumbuh-tumbuhan landskap yang menjadi perhiasan kaki lima di ibu kota juga rosak dipijak oleh orang awam.
“Baru dua tahun tak sambut Hari Merdeka di dataran sudah jadi macam ni. Kalau lima tahun tak sambut di dataran tak tau apa jadi,” ujar seorang netizen.
Kredit: Twitter @Aweff, @rvzlee
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar