Laman Utama

Netizen Kongsi Cerita Sebak Tengok Keluarga Beli Barang Dapur Guna eMADANI

Gempak
07/12/2023
23:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Kongsi Cerita Sebak Tengok Keluarga Beli Barang Dapur Guna eMADANI
Kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun menebus bantuan eMADANI berjumlah RM100 yang boleh dituntut menerusi beberapa aplikasi e-wallet bermula 4 Disember lalu.
Walaupun jumlah tersebut dianggap sedikit untuk segelintir pihak, namun amaun RM100 itu sangat bermakna bagi mereka yang betul-betul memerlukan.

BERITA TRENDING: Banyak Untung! Claim Kredit eMADANI RM100, Dijamin Baucar Ekstra Bernilai RM600 Di Shopee! Inilah Cara…

Dalam satu hantaran di Platform X, seorang individu berkongsi peristiwa mengharukan tentang sebuah keluarga yang menggunakan amaun tersebut untuk membeli barangan dapur.
“Ceritanya ada satu pasangan customer beli beras 5 kilogram, telur dan aiskrim. Lepas sudah scan TNG, saya ternampak baki wallet dalam RM44.50.
“Sedih juga bila tau betapa berharganya RM100 ni pada yang memerlukan. Senyum anak dapat makan aiskrim,” kongsi individu itu. Perkongsian itu berjaya menyentuh perasaan netizen di mana rata-ratanya menzahirkan rasa sebak dengan nasib sesetengah pihak yang kurang bernasib baik.
“Alhamdulillah ada orang bagi. Kita mungkin rasa RM100 tu sikit, tapi ada orang RM5 - RM10 pun dah banyak,”
“Mungkin bagi kamu RM100 jumlah yang terlalu kecil. Untuk kami B40, RM100 sangat berharga,”
“Lain org lain keperluan. Tapi ada juga manusia cakap RM100 ni tak cukuplah, apalah. Alahai takkan nak harap bantuan 100%. eMadani sekadar meringankan beban sikit sahaja. Bersyukur jelah.”
Untuk info, setakat Rabu, sebanyak 6.5 juta permohonan diluluskan dan RM650 juta sudah dikreditkan kepada rakyat menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar