Laman Utama
Netizen Kritik Aksi Mosh, Sifatkan Tarian Sebagai ‘Bodoh’ - “Berhibur Style Apa Ni?”
“Cara anak-anak B40 berhibur,” itulah yang dinyatakan seorang individu setelah dia memuat naik video memaparkan sekumpulan remaja lelaki di konsert rock yang melakukan aksi mosh.
Menerusi Platform X, rata-rata netizen mempersoalkan tentang tarian pelik itu selain ada segelintir yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘bodoh’.
BERITA TRENDING: “Petik Nama Saya Pergi Clubbing Itu Tuduhan Berat’ - Fazura Terkejut Tiba-Tiba ‘Nama Naik’ Didakwa Pergi Kelab
“Apa benda eh ni?”
“Ni semua poser, pendengar muzik metal tak buat benda bodoh macam ni,”
“Berhibur style apa ni? Bodohnya,”
Dalam pada itu, ada yang mempertahankan aksi berkenaan sambil menerangkan bahawa ia merupakan satu budaya yang telah lama wujud apabila pergi ke konsert-konsert rock.Cara anak-anak B40 berhibur pic.twitter.com/lkg414szbv— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 28, 2023
“Benda ni dari zaman 80-an dulu dah jadi budaya bila pergi gig hardcore metal. Kalau tak tahu apa-apa, lebih baik diam dari berkata-kata,”
“Normal je ni kalau pergi gig. Lagu pun hardcore. Nak duduk tegak pergi konsert In-Team.”
Sekadar info, mosh merupakan aksi yang terdiri daripada tindakan menendang, memukul dan menindih antara satu sama lain secara rawak serta ia dilakukan di sebuah ruangan, atau bulatan yang dibuka semasa konsert rock dikenali sebagai Mosh Pit.
Must-Watch Video