Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

Netizen Kritik Dua Saudara Jalan Kaki Ke Makkah Hingga Ganggu Pengguna Jalan Raya Lain - “Dah Kalau Menyusahkan Orang Ni, Tak Berdosa Ke?”

Khairil Khusyairi 16/12/2024 | 21:50 MYT
Tular di media sosial apabila dua bersaudara memulakan kembara berjalan kaki dari Changkat Lobak, Bagan Serai ke Makkah bagi menyahut seruan haji 2025.

Jalan Kaki Ke Makkah Tunai Haji

Perjalanan dua saudara tersebut akan mengambil masa selama enam bulan menempuh perjalanan sejauh 8,000 kilometer (km).

Didakwa Ganggu Pengguna Jalan Raya Lain

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan perjalanan dua saudara tersebut dipercayai di jalan raya sehingga dikatakan menganggu pengguna jalan raya lain.
View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen mempersoal tindakan orang ramai yang memberi sokongan kepada dua saudara tersebut yang berjalan di tengah jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan pada pengguna jalan raya lain.

“Nak bagi sokongan kepada Ustaz yang jalan kaki ke Makkah tu tak salah. Tapi janganlah pakat berkumpul atas jalan raya sampaikan 3 lorong dah jadi 1 lorong macam tu. Nampak pemandu treler tu pun macam marah tu,” kritik netizen.

“Kenapa nak kena jalan kaki ke Makkah? i mean id get it if he is walking through the desert or something. but sekarang ni dia masih kat Malaysia yang ada banyak rangkaian pengangkutan? boleh je hitchhike lori or tumpang bas sampai border. Nak jugak jalan atas highway,” tulis netizen.

“Dah kalau menyusahkan orang ni, tak berdosa ke?,” soal netizen.

“Jalan kaki tak salah, kaki pun satu kemudahan, cuma lebih bagus tak payah gembar gembur nak pergi Makkah dengan cara macam ni, terus jalan kaki je tanpa orang semua tau, rasa lebih aman. Dalam tak sedar boleh hadir sifat mazmumah yang lain tanpa sedar,” komen netizen.

“Sorry to say. Tapi menyusahkan orang macam ni tak fasal dosa yang dapat. Kita digalakkan alih benda bahaya dari jalan. Tapi yang ni membahayakan jalan pula,” komen netizen lain.

Difahamkan, mereka perlu merentasi lima negara sebelum tiba di tanah suci.
#Haji #Makkah #Misi #Raya” #Ganggu #“Jalan #Kaki”
;