Viral

Netizen Kritik Hasil Dekorasi Sempena Aidilfitri Di Pusat Beli-Belah Ini - “Nampak Sangat Tak Ada Effort”

Umirah Halim
12/03/2024
06:30 MYT
Sponsor Banner
Netizen Kritik Hasil Dekorasi Sempena Aidilfitri Di Pusat Beli-Belah Ini - “Nampak Sangat Tak Ada Effort”
Sebuah perkongsian seorang individu di Platform X tentang dekorasi perayaan menjelang Aidilfitri di sebuah pusat beli belah terkemuka ibu negara ini mendapat kritikan netizen.
Menerusi perkongsian tersebut, individu yang dikenali sebagai Syed Mohd Qotadah itu meluahkan rasa kecewanya dengan hasil dekorasi perayaan yang dihasilkan oleh pengurusan pusat beli-belah tersebut. “Apa yang kecewa sangat dengan dekorasi Raya ini?,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut bersetuju dengan hantaran itu dan sempat membuat perbandingan dengan hasil dekorasi perayaan lain yang dikatakan lebih menarik berbanding dengan dekorasi perayaan Aidilfitri kali ini.
“Nampak sangat tak ada effort dan macam terpaksa ya nak buat decor untuk raya tu.
“Itu lampu pelita. Temanya ada tapi ya, agak lame berbanding dengan dekorasi naga Chinese New Year (CNY) haritu.
“Mereka buat pokok Krismas tertinggi beberapa tahun lalu, dan buat ini untuk Hari Raya? Macam acuh tak acuh aje bila perayaan umat Islam. Hmm.
“Tak fahamlah mall punya pengurusan untuk deco ni. Memang base on bajet siapa sponsor untuk tiap perayaan ke? Macam Christmas dan CNY ramai sponsor so deco gempak gitu? Atau memang jenis deco asal ada kalau tak kena bash?
“Pertandingan keceriaan kelas antara darjah,” kritik beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 1 juta tontonan di Platform X.

Berita Trending: “Apa Dosa Bayi Tu?” Netizen Speechless Bila Bayi Baru Lahir ‘Dibuang’ Dari Aras…

Berita Trending: “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah, Sekadar…” - Aliff Aziz Bersuara…
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar