Laman Utama
Netizen Kurang Senang Inisiatif KKM Pasang ‘Lampu Biru’ Di Putrajaya Sempena #WorldDiabetesDay
Bangunan dan persekitaran di Putrajaya dilimpahi cahaya berwarna biru sebagai tanda sokongan kepada sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disambut esok.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, limpahan cahaya menerusi Kempen 'LightUpBlue@Putrajaya itu secara tidak langsung meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah diabetes yang semakin meningkat di negara ini.
Bagaimanapun inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu mendapat reaksi kurang senang daripada warganet yang berpendapat ia kurang sesuai dengan keadaan semasa.
Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang sekiranya ‘lampu biru’ di Putrajaya menarik ramai orang ke daerah tersebut, seterusnya mewujudkan kluster baharu.
Selain itu warganet juga menganggap ia sebagai satu pembaziran dan berpendapat lebih baik sekiranya kos untuk ‘lampu biru’ digunakan untuk membantu frontliners dan membiayai kos rawatan disebabkan pandemik covid-19.
Terdahulu, Dr Noor Azmi berkata, simbolik memasang ‘lampu biru’ adalah untuk menghargai peranan jururawat sebagai petugas barisan hadapan yang menyokong usaha mencegah dan mengawal penyakit diabetes di negara ini.LightUpBlue@PutrajayaTanda sokongan dan penghargaan kepada jururawat & frontliners yang terus memberi perkhidmatan penjagaan Diabetes.Bangunan dan persekitaran di Putrajaya akan dinyalakan dengan lampu biru bermula malam ini, 12 Nov sehingga 15 Nov. #WorldDiabetesDay pic.twitter.com/Aw0GXPCHmr— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 12, 2020
"Pencahayaan bangunan dan struktur ikonik di seluruh dunia dengan warna biru sering dikaitkan dengan Hari Diabetes Sedunia. Pencahayaan bangunan dan struktur ini menghantar mesej visual yang jelas dan meletakkan diabetes dalam agenda utama seluruh negara,” katanya.
Difahamkan bangunan dan persekitaran Putrajaya dengan warna biru bermula semalam sehingga 15 November ini.
"Selain memberi kesedaran kepada orang ramai, limpahan cahaya berwarna biru ini juga dapat menarik perhatian penghidap diabetes untuk terus menjaga kesihatan mereka," katanya
Must-Watch Video