Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Netizen Mohon Boikot Aliff Aziz - “Tolong Jadi Macam Korea Artis Buat Hal Terus Banned!”

Mya Amri 22/04/2024 | 04:55 MYT
Nama pelakon, Aliff Aziz sekali lagi menjadi hangat susulan pendedahan seorang wanita mendakwa dirinya merupakan teman wanitanya.
Disebabkan pendedahan itu juga, netizen mula meluahkan rasa kurang senang dan muak dengan perangai pelakon yang berasal dari Singapura itu.

Mohon boikot macam Korea

Menerusi pemerhatian di laman sosial, rata-rata netizen mencadangkan agar rakyat Malaysia mahu pun pihak produksi mengambil tindakan tegas dengan memboikot Aliff.
Tindakan tersebut bertujuan untuk memberika pengajaran kepada selebriti yang sering membuat hal dan mencemarkan nama baik industri seni tanah air.
Malah netizen juga mengambil contoh negara Korea yang mengambil tindakan tegas terhadap selebriti yang tidak berdisiplin.

Komen netizen

Antara komen yang diberikan netizen adalah:

BERITA TRENDING: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua Ketika Jalin Hubungan Istimewa Dengannya - “Hati Saya Hancur”

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

BERITA TRENDING: “Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa

#Aliff Aziz #Korea #Curang #Boikot #Kantoi #Artis Bermasalah
;