Laman Utama
Netizen Naik Hantu Wanita 'Skandal' Dengan Suami Orang, Siap Wish Raya: "Suami Orang Tersayang, Selamat..."
Warga Twitter melahirkan rasa gusar dengan perkongsian seorang pengguna TikTok yang secara terang-terangan mengaku menjadi individu ketiga dalam hubungan sepasang suami isteri.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut menulis tanpa berselindung mengucapkan selamat hari raya kepada seorang lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga.
“Selamat hari raya ‘suami orang tersayang’. Beraya dulu bersama isteri dan anak-anak you dulu tau.
“Nanti kita raya bersama. I miss you so much,” tulisnya.
Tidak terhenti di situ, menerusi ruangan komen, dilihat ada juga yang ‘menyokong’ dan turut bersetuju dengan kata-kata yang dikongsikan oleh wanita berkenaan.
“Jangan buka socmed… Nanti depa up gambar hati sakit woo,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Dah tengok ke gambar raya dia orang sefamily? Sakit tau jangan tengok,” ungkap seorang lagi pengguna platform berkenaan.
Lebih mengejutkan, ada juga meninggalkan respons yang berbunyi: “Janji duit raya dah di transfer,” tulisnya.
Meninjau ruangan balasan, rata-rata memberikan respons kurang senang terhadap apa yang mereka saksikan.
“Wei, jahatnya perempuan macam ni. Semoga perempuan gini nak start kereta tak hidup-hidup, nak keluar selalu jalan jammed, parking tak pernah dapat.”
“Sibuk sangat meny*nd*l lepas tu buka aib sendiri memang tak malu, tak ada harga diri. Semoga hidup kau tak pernah tenang sebab musnahkan rumah tangga orang. Suami orang yang melayan pun sama. 2 kali 5, 5 kali Bainun.”
“I just wondering why you choose someone husband sebab ada ramai kot yang 30s yang 40s tak kahwin lagi. Dah tentu he has a time for you tau and tentu you tak sunyi and he gives all his attention to you. I tak faham manusia nak laki orang ni.”