Laman Utama

Netizen Naik Muak Tengok ‘Drama’ Iqbal Jemput Vida Datang Rumah - “Bosanlah, Matang Sikit...”

Izwan Isa
30/08/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Naik Muak Tengok ‘Drama’ Iqbal Jemput Vida Datang Rumah - “Bosanlah, Matang Sikit...”
Sejak kebelakangan ini, pengusaha kosmetik Datuk Seri Vida dilihat kembali akrab dengan ‘seteru’ lamanya, pengsohor Iqbal Zulkefli.
Menerusi beberapa kemas kini di Instagram, Vida dilihat kerap meluangkan masa bersama dengan Iqbal, selain kelibat lelaki itu turut kelihatan ketika dia menghadiri acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 tempoh hari.
Terbaharu, Vida sekali lagi menguis perhatian pengikut serta netizen apabila memuat naik sepotong video yang menampilkan Iqbal secara ikhlas menjemputnya untuk datang ke rumah.
“Saya nak jemput datang ke rumah saya, kalau sudi. Rumah pondok kecil sahajalah. Tiada orang lagi yang datang rumah saya. Datanglah…” tutur Iqbal.
Vida kemudian dilihat menjawab: “Nantilah saya tengok kalau ada waktu yang sesuai. Tak pun kalau ada rezeki saya pergilah rumah awak,” balas Vida sambil mengimbas kembali situasi dirinya yang pergi ke rumah Iqbal sekitar 3 pagi tidak berapa lama dahulu.
Iqbal menjelaskan, kisah Vida ‘menyerang’ rumahnya tempoh hari membuatkan dia terkejut. Begitupun, berbeza dengan jemputan kali ini, Iqbal mahu Vida benar-benar datang ke rumahnya.
“Kalau saya nak pergi, saya pergilah,” ucap Vida lagi.
Pada ruangan kapsyen, Vida menjelaskan yang dia enggan berlaku sebarang fitnah, justeru berkongsi video jemputan Iqbal berkenaan.
“Saya tak nak jadi fitnah lagi. Kali ini Iqbal ajak saya datang ke rumahnya. Saya tak mahu nanti orang cakap saya sengaja datang ke rumah Iqbal untuk content semata. Patut ke saya datang ziarah ke rumah Iqbal?” tanya Vida.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan bercampur-camput mengenai pertanyaan penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu.
“Pergi jelah dengan Kacak dan Cik B. Orang menjemput tu mungkin nak menjamu Datuk. Nampak level hormat pada DSV tu lain. Berkawan pun boleh, berkahwin pun boleh.”
“Dah sendu balik ke apa dua ketul ni. Nak start sinetron baru…Sudah-sudah lah tu. Malu kat anak cucu.
“Bosanlah tengok drama orang tua ni, aduh matang sikit lah woi.”
“Benda boleh buat keputusan sendiri tanya buat apa?”
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024