Hiburan
Netizen Nampak Kemesraan Bella Astillah Dengan Syed Saddiq Ketika Mendaki Gunung Kinabalu - “Sampai Kahwin Please”
Penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur apabila berjaya sampai ke Laban Rata Gunung Kinabalu pada Khamis.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berkata dia dan Syed Saddiq mengambil masa selama enam jam untuk tiba di lokasi tersebut sebelum meneruskan pendakian ke puncak.
“Alhamdulillah, sampai pun Panalaban/laban rata. Kita naik pukul 10am dan sampai 3:20pm pheww.
Mengenakan busana baju kurung dan baju melayu sewaktu pendakian, Bella juga berkongsi bekas ahli politik itu tiada masalah untuk mendaki Gunung Kinabalu dan sangat menghiburkannya.
“Saya separuh sedar sudah sebenarnya (sampai terfikir bagus sa jadi ikan) tapi Syed Saddiq boleh menari, menyanyidan sewaktu dengannya.
“Oh lupa dia Ironman manakala saya hanya biasa iron baju. Dia tetap dengan baju melayu, sampin dan songkok tinggal nak raya je kat puncak nanti,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen suka melihat gelagat Bella dan dan Syed Saddiq ketika mereka mendaki gunung bersama dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Wahh tersenggih senggih kak ina tengah masak ni tengok korang berdua 😍😍😍 semuga ada rezeki berjodoh yea .. manalah tahu senua Allah yg atur dlm hidup kita .. you deserve to be happy and enjoy your beautifull life ❤️❤️❤️
“Sampai kahwin please!!!! ❤️
“Emmm hampir ke situ kawan kawan.
“Sweeetnyaaa x sbr tngok wedding sis sy ni 😍,” komen netizen
Must-Watch Video