Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Netizen ‘Perang’ Lagi! Pertikai Cendol Milik Indonesia Atau Malaysia?

Hanafis Haris 14/06/2022 | 04:43 MYT

Ibarat ‘beperang’ di alam maya! Itu yang berlaku terhadap dua netizen dari negara Indonesia dan Malaysia.

Semuanya gara-gara sebuah video dimuat naik di TikTok yang memaparkan eksperimen sosial terhadap air manisan popular, cendol.

Menerusi video berkenaan, beberapa individu daripada luar negara diperkenalkan dengan hidangan cendol yang dikatakan berasal dari Indonesia.

Pada awalnya, kesemua individu tersebut agak jijik dengan rupa bentuk dan warna hidangan cendol itu.

Selain menganggap warna cendol tidak menyelerakan, mereka juga mendakwa manisan itu agak pelik.

Namun, sebaik menghirup air cendol tersebut, satu persatu daripada mereka terus berubah fikiran.

Malah, ada yang bertindak menghabiskan kesemua air cendol tersebut.

Video berkenaan kemudian tular di platform TikTok hingga mencetuskan perdebatan ‘panas’ antara netizen.

Selain ramai yang tertanya asal usul sebenar cencol, ramai juga rakyat Malaysia menganggap cendol adalah kepunyaan negara ini.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan dunia juga berasal daripada Indonesia.

“Baru aku tahu cendol dari Indonesia, bukan Malaysia eh?”

“Macam bukan Indonesia je, Malaysia kan?”

“Dunia pun sebenarnya berasal dari Indonesia,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, menurut penyunting jurnal makanan Cina, Flavor and Fortune, Jacqueline M Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia yang menggabungkan antara jeli dan kacang dalam ais batu campur seperti di Filipina.

Pun begitu,asal usul cendol tidak jelas dan minuman manis ini tersebar luas di seluruh Asia Tenggara.

Namun, satu dakwaan mengatakan bahawa cendol berasal dari Jawa, Indonesia sebagai dawet.

Catatan tertua yang disebutkan tentang minuman manis dawet adalah naskah Kresnayana, yang berasal dari Kerajaan Kediri sekitar Jawa abad ke-12.

#Viral #Indonesia #Cendol
;