Netizen Persoal Kewujudan Boyfriend Fathia - “Dah Tu Post Gambar Laki Orang Kenapa, Mohon Tunjuk Bukti”
Susulan pelakon Fathia Latiff mendedahkan dirinya sudah mempunyai kekasih hati, netizen bagaimanapun masih meragui tentang perkara berkenaan.
Kata netizen, sekiranya benar Fathia kini sudah berpunya, mereka mahu aktres itu membuktikan kewujuduan teman lelakinya.
Malah tidak kurang juga ada yang meminta Fathia menunjukkan bukti bahawa dirinya bukan hanya sekadar ‘cakap cakap kosong’ sahaja.
Selain itu, netizen juga mempersoalkan tindakan Fathia memuat naik foto lama yang memaparkan dirinya bersama Aiman sekitar tahun 2014 dengan kapsyen "I know you still love me,".
BERITA TRENDING: "I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff
Antara komen netizen di media sosial adalah:
Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.
BERITA TRENDING: “Bukan Nak Hancurkan Rumah Tangga Orang, Boyfriend Saya Lagi Hot Kot,” - Fathia Latiff
Kemudian pada sesi siaran langsung, Fathia mendedahkan dirinya kini mempunyai teman lelaki.
Memanaskan lagi keadaan, Fathia berkata teman lelakinya lebih kacak berbanding suami kepada aktres Zahira MacWilson iaitu Aiman Hakim Ridza.
Untuk rekod, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.