Hiburan

Netizen Pertikai Intan Najuwa Bersalin Secara ‘Czer’, Fatin Afeefa Tampil Pertahankan - “Bukan Dia Nak Tapi…”

Asyikin Mayudin
18/12/2024
05:56 MYT
Sponsor Banner
Netizen Pertikai Intan Najuwa Bersalin Secara ‘Czer’, Fatin Afeefa Tampil Pertahankan - “Bukan Dia Nak Tapi…”
Usahawan dan bekas pelakon Fatin Afeefa berkongsi video dia dan rakan-rakannya melawat sahabat baik mereka iaitu aktres Datin Intan Najuwa yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama.

Melawat Intan Najuwa

Menerusi perkongsian di TikTok, Fatin dan beberapa kawannya berasa teruja dapat melihat bayi perempuan Intan yang diberi nama Imane Lunara.

Apa yang menarik perhatian netizen juga, momen pelakon Yuna Rahim memegang tangan Intan yang dilihat dalam keadaan sebak.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja melihat persahabatan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Selamat Bersalin Anak Sulung, Beri Nama Imane Lunara

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas Netizen Asyik Tanya Soal Kebersihan, Intan Najuwa Dah Hantar Pakaian Bayi Ke ‘Dry Cleaning’ - “Soalan Pun Macam Kita Tak Ada Comman Sense”

Bagaimanapun, terdapat netizen yang mempersoalkan tindakan Intan memilih untuk melahirkan anak secara pembedahan.

Ada sebab czer

Membalas salah satu komen mempertahankan Intan, Fatin turut meluahkan rasa geram dengan netizen yang mempertikaikan melahirkan bayi secara pembedahan atau ‘czer’.

“Intan czer (bedah) pun bukan dia nak. Tapi netizen yang ‘Alhamdulillah beranak normal, kenapa mesti czer’ itu jahat. Jenis muka busuk, hati busuk, tuhan belum uji, sebab itu macam itu,” balas Fatin.

Untuk rekod, Intan melahirkan bayi perempuannya pertamanya iaitu Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember lalu di sebuah pusat perubatan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024