Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Netizen Pertikai Warna Dinding Rumah, Aishah; "Pandai Sangatlah Nak Komen, Bukan You Yang Duduk Rumah I"

Izwan Isa 14/10/2022 | 03:50 MYT

Penyanyi Aishah menyelar tindakan segelintir individu yang mempertikaikan pemilihan warna cat rumahnya.

Menerusi kemas kini di Instagram, Aishah berkata, seseorang harus menyimpan pendapat sendiri apabila ingin berkata tentang hal orang lain.
“Terkadang orang perlu belajar untuk tidak berkongsi pilihan dan selera peribadi kepada orang lain. Tak payah nak pandai-pandai sangatlah nak komen rumah orang lain nak cat warna apa.
“Yang korang rasa entitled sangat dah kenapa? Kata tak sesuai, panaslah… hello kau dah pernah masuk rumah I ke?
“Ada seorang lagi dah diterangkan yang rumah I rumah lama jadi tak sesuai nak buat konsep cat all white. Masih jugak nak bertegas ia 'menenangkan… macam kat rumah I'. Hadoi ada aku kisah?” katanya.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Janji Manis Mu itu berkata, seseorang hanya perlu memberikan pendapat jika ditanya.
“Macam masuk rumah orang, sama juga peradabannya dalam media sosial ini. Tak ada sesiapa minta pandangan you pun, bukan you yang duduk rumah ni.
“Maybe masa tu you boleh complainlah tak berkenan warna cat yang Ipilih kot. Sometimes we need to learn to only give our opinions only when asked. Especially if regarding things involving one's own taste. Other wise just shut up! Anyway, orang-orang ni would never get an invite to my place.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Aishah #Rumah #Warna Cat
;