Netizen Sebak Tengok Momen Manis Kanak-Kanak Suap Makan Rakan Sindrom Down - "Inilah Kawan Sejati"
Sebuah video tular memaparkan seorang kanak-kanak berbangsa India menyuapkan makanan untuk rakannya yang menghidap down syndrome berjaya meraih perhatian netizen.
Menerusi entri yang dimuat naik ke aplikasi TikTok, difahamkan rakaman kanak-kanak menyuap rakannya makan itu telah direkod oleh seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah pendidikan khas.
BERITA TRENDING: [VIDEO] Baru Kehilangan Bapa, Ibu Saudara Buat Surprise Sampai Kanak-Kanak Lelaki Ini Menangis Penuh...
“Mereka sangat baik antara satu sama lain, mereka juga suka ambil berat dan penyayang.
“Video ini adalah semasa waktu rehat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Mahalaksmi suap Hanisah makan. Saya suka momen ini tapi buatkan saya berasa sedikit sedih,” tulis guru berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan yang sama di samping berasa bangga dengan sikap kanak-kanak tersebut yang tidak rasis dan saling bantu-membantu.
“Tolong tularkan kanak-kanak perempuan ni. Supaya semua orang boleh contohi sikap dia,”
“Saya menangis, terharu sangat-sangat,”
“Mata dia tak pandang agama dan bangsa sebab dia sayang kawan dia, inilah kawan sejati.”
Untuk info, kanak-kanak yang menghidapi down syndrome atau dikenali sebagai Hanisah dalam video berikut mempunyai masalah rabun dan makan sedikit lambat.
Sumber: TikTok