,
Terkini

Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan

Gempak
29/03/2024
06:55 MYT
Baru-baru ini, ada dalam kalangan netizen yang menuduh peminat Nadhir Nasar sebagai terlalu obses dengan dirinya, sehingga peminat itu dilabel sebagai individu dengan masalah mental.
Hal berkenaan tercetus gara-gara satu hantaran TikTok mengenai rasa terharu peminat tersebut terhadap Nadhir dan perkongsian mengenai usaha-usahanya menyunting video berkenaan dramatis Projek: High Council itu.

Bukan hal besar

Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Apatah lagi video berkenaan hanyalah suntingan yang menunjukkan diri individu berkenaan sebagai peminat yang memberi apresiasi kepada dirinya sebagai pelakon.
“Bila tengok balik video itu, sebenarnya tiada apa-apa masalah pun. Video itu memberitahu yang dirinya merupakan seorang peminat. Sebagai seorang artis yang mempunyai peminat sebegitu, Alhamdulillah… saya suka orang sokong saya dengan ikhlas.
“Sebagai tanda untuk pulangkan (rasa terima kasih), saya beri semula dengan mengadakan meet and greet atau berlakon dengan baik dan ikhlas menerusi naskhah yang saya jayakan.
“Untuk hantaran di platform X, saya tak tahu mana individu itu datang. Untuk saya secara peribadi, perkara tersebut tidak ekstrem pun. Saya bukan nak back-up peminat, tetapi saya tahu ada artis di luar sana ada peminat yang seperti ini,” katanya kepada Gempak.
Nadhir berkata demikian ketika mengulas mengenai satu hantaran video peminatnya yang tular di platform X sehingga peminat itu dilabel dengan gelaran yang kurang manis.

Subjektif

Ditanya adakah dia pernah bertemu dengan peminat yang benar-benar obses dengan dirinya, jawab Nadhir: “Saya tak tahu macam mana nak kategorikan obses itu. Adakah orang yang ikut berjalan di belakang awak kita kategorikan sebagai terlalu obses?
“Adakah komen ‘love’ di Instagram dikira sebagai terlalu obses? Obses itu merupakan satu hal yang subjektif bagi setiap orang. Dan bagi saya, apa yang fans buat dekat saya, tiada satu pun yang dianggap sebagai terlalu obses.
“Ia tidak mengganggu saya dalam industri dan hal-hal harian saya. Mereka tahu batas mereka. Peminat adalah cerminan artis. Kalau kita sebarkan perkara yang baik kepada mereka, mereka akan pulangkan hal yang baik juga kepada kita. Siapalah artis tanpa peminat?” tutup Nadhir.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Acah Rockstar, Kau Bukan Billie Joe..” - Nadhir Nasar Sindir Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Sindir Penyanyi Bermasalah, Nadhir Nasar; "Tweet Itu Sangat Rawak, Saya Pun Ada Kawan-Kawan ..."

Related Topics
Must-Watch Video
Filem

Ribuan Peminat Hadiri Jelajah Baik Punya Ah Long, 5 Pawagam di Terengganu & Johor Riuh Dengan Sokongan Penonton!

gempak
15/09/2024
12:55 MYT
Kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton menerusi filem Baik Punya Ah Long (BPAL) semakin membara!
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar bersetuju dengan kenyataan berhubung ramai pelakon generasi baharu yang bertubuh sasa gagal melakukan babak aksi dengan betul seperti yang disuarakan oleh pelakon senior, Ruzaidi Abdul Rahman baru-baru ini.
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.
Hiburan

Taemin Hormat Adab Malaysia, Tak Robek Baju Masa Nyanyi Lagu Guilty

gempak
09/09/2024
14:55 MYT
Bintang idola K-Pop, Taemin, mendapat pujian peminatnya apabila memilih untuk menghormati budaya setempat lokasi konsert jelajahnya 2024 Taemin World Tour: Ephemeral Gaze di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.