VIRAL
Netizen Simpati, Wanita Berat 300 Kg Terpaksa Diangkut Guna ‘Tow Truck’ Untuk Ke Hospital
Seorang wanita seberat hampir 300 kg menjadi tular selepas video merakamkan dirinya terpaksa diangkut dengan menggunakan trak tunda untuk ke hospital kerana terlalu berat.
Alami sesak nafas
Kejadian itu berlaku di Thailand dan difahamkan wanita yang dikenali sebagai Chatwisa, 36, mengalami masalah pernafasan.Sebaik tiba di tempat kejadian, paramedik mendapati wanita itu berada dalam keadaan tertunduk di atas katil dan menghirup teh susu manis dari mangkuk di sebelah mulutnya.
Paramedik kemudiannya memasukkan tiub trakea untuk membantunya bernafas dan terpaksa merobohkan dinding bilik tidur serta mengalihkan pintu.
Seramai lebih 20 orang yang membantu untuk mengangkat katil tersebut untuk dimuatkan ke atas trak tunda sebelum dipindahkan ke Hospital Somdej Phra Sangkharat.
Menurut bapa Chatwisa, anak perempuannya itu bergelut dengan masalah masalah berat badan sejak kecil.
Tambah bapanya, berat badan Chatwisa mencecah 270kg tahun lalu yang menyebabkan dirinya sentiasa berada di atas katil.
Sejak daripada itu, berat badan telah meningkat sehingga 300 kg.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesian terhadap wanita itu.
Malah mereka juga berharap selepas ini, wanita itu dapat menjaga kesihatan dirinya selain memberi kata-kata semangat kepadanya.
@tmz A 660-pound Thai woman was too big for a regular ride -- so instead, she had to be strapped into a breakdown recovery tow truck to get to the hospital, as seen in this video. Full story in bio! 📽️: ViralPress♬ original sound - TMZ
Must-Watch Video