Laman Utama
“Netizen Tak Dengki Pun…Tapi Selebriti, Ahli Kenamaan Jangan Mengundang, Jaga Sensitiviti” – Padu Teguran Iesya Toh
Sering berkongsi pandangan dan kritikan berkaitan isu semasa, pengacara Iesya Toh menegur golongan selebriti dan orang kenamaan yang sengaja tidak patuh SOP.
Iesya menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya turut menegur golongan tertentun supaya berhenti menyalahkan netizen.
Katanya tidak ada istilah dengki tetapi yang golongan selebriti atau kenamaan ini sepatutnya mulai sedar tentang sensitiviti masyarakat.
“Seyakinnya netizen tak dengki pun, cuma segelintir yang alami keadaan sukar rentas negeri demi parents, demi PJJ, demi saudara meninggal dan lain-lain perkara kecemasan akan berasa hati dengan ketidakadilan, itu sahaja.
“Kalau baca komen di FB memang scary tetapi anggaplah itu luahan rakyat dan janganlah negatif sangat, masing-masing ada kisah masing-masing.
“Dan selebriti, ahli kenamaan masa inilah kena jaga sensitiviti. Elakkan post mengundang, berilah contoh yang baik sebab pandemik isu global, SOP tanggungjawab bersama!” tegas Iesya.
Dalam pada itu Iesya juga memohon agar semua tidak lagi berkelahi disebabkan isu SOP dan seharusnya semua menjaga kesihatan diri.
“Semoga kita semua menjaga kesihatan diri dan menjaga SOP. Sudah-sudahlah berkelahi, Ramadan pun tak lama lagi.
“Yang mana kena kompaun, boleh minta dikurangkan. Saya respect anda yang sentiasa follow SOP.
“Semoga Allah lindungi kita semua dari wabak penyakit berjangkit ini…Amin ya rabbal alamin,” tulis Iesya sambil disokong para pengikut IG yang rata-ratanya mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan telus berhubung isu SOP tanpa mengira darjat.