Hiburan
"Netizen Tak Nampak Apa Yang Berlaku, Jangan Buat Andaian" - Anak Nafi Dakwaan Abaikan Mak Engku Sepanjang Di Hospital
Anak kepada artis veteran Mak Engku iaitu Kairul Azman Mohd Yusoh menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan mereka tiga beradik mengabaikan emaknya sepanjang medapatkan rawatan di hospital.
BERITA BERKAITAN:"Rasa Menyucuk-Nyucuk, Bisa Macam Nak Pecah" - Mak Engku
BERITA BERKAITAN:Tulang Belakang Leher Patah Terjatuh Di Tandas, Mak Engku Akan Jalani Rawatan Ambil Tulang Sum-Sum
Katanya, perkara itu tidak pernah berlaku sama sekali.
"Saya ada juga terbaca komen-komen yang cakap kami adik beradik abaikan mama.
"Netizen tak duduk ditempat kami,netizen tidak nampak apa yang berlaku,jadi janganlah buat andaian tidak tepat.Sebenarnya kami dari hari pertama mama masuk hospital tidak pernah sama sekali biarkan mama.
"Malah masa mama jatuh,saya sendiri ada di rumah dan kami bergilir-gilir jaga mama di hospital," katanya kepada Gempak.
Kata Kairul,dia mengakui sedikit terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka tiga beradik itu.
Bagaimanapun katanya, dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.
"Mula-mula dapat tahu bila ada orang cakap kami adik beradik abaikan mama,tipu kata tak marah.
"Tapi tak pala orang tak tahu dan tak nampak apa yang berlaku dan itu semua tak penting.Yang penting kami jaga mama dengan baik," katanya.
Sebelum ini terdapat komen yang menyatakan anak Mak Engku membiarkannya di hospital sendirian.
Sebelum ini pelakon veteran, Ku Faridah atau lebih mesra disapa Mak Engku di rawat di hospital Sungai Buloh kerana mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang leher selepas terjatuh dalam bilik air.
Minggu lalu Mak Engku juga terpaksa menjalani proses pengambilan sum sum tulang belakang untuk mengetahui punca sebenar kesihatan dirinya.