Laman Utama
Netizen Tak Puas Hati Majlis Buka Puasa Langgar SOP, Instafamous Nurin Mohon Maaf & Mengaku Salah
Tindakan instafamous dan pelakon baru Nurin Afiqah, 25, berkongsi momen ketika Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 telah mengundang kecaman daripada netizen.
Menerusi foto yang tular di Twitter, Nurin didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Malah, ketika acara berkenaan Nurin bersama segelintir tetamu yang hadir kelihatan tidak memakai pelitup separuh muka.
"Di mana SOP nya? Dekat Kelantan semua majlis tak boleh buat, bazar pun tak ada, dine-in pun tak dibenarkan lagi. Mana adilnya untuk abang burger?
"Ini majlis berbuka puasa, kalau niat tak menghalalkan cara, adakah niat membenarkan pengabaian SOP?" tulis seorang pengguna yang menggunakan nama @ixyanimohd.
Tampil mengakui akan kesilapan yang dilakukan, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu memohon maaf kepada semua orang dan berjanji akan lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam.Tang mana SOP nya ? dkt Kelantan semua event xboleh buat, bazaar pun xde, dine-in pun x benar lagi. Mana adil-nya untuk abang burger?Ni Majlis Berbuka Puasa, kalau niat tak menghalalkan cara, adakah niat membenarkan pengabaian SOP? #IniTidakAdil #SelebritiInstaFemesSemuaBoleh pic.twitter.com/Um8a0FKzo7— Zee Yani (@ixyanimohd) April 29, 2021
"Kepada semua orang, dari lubuk hati saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya harus lebih berhati-hati bila berada di tempat awam.
"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini untuk jaga SOP. Saya terima dengan kesalahan yang diperkatakan.
"Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak. Thank you for pointing out," tulisnya.
Acara itu turut dihadiri beberapa selebriti tempatan antaranya Mawar Rashid, Raf Yaakob dan Iman Troye.
Awal Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob, memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis sosial dengan mematuhi syarat SOP.
Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah kehadiran ke premis 50 peratus bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP).
Majlis seperti seminar, kursus, latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan.
Must-Watch Video