Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Netizen Tak Tahu Struggle Saya, Apa Orang Cakap Just F**k Them!” - Nabila Huda

Shahrin Zulkifle 01/12/2022 | 07:00 MYT

Pelakon Nabila Huda memilih untuk tidak membaca komen-komen nakal dan buruk mengenai dirinya yang dilemparkan oleh netizen di laman sosial.

Berpegang pada prinsip semua orang layak untuk bahagia, Nabila berkata orang di luar sana tidak mempunyai hak untuk menilai dirinya kerana mereka tidak tahu kisah yang sebenar.

“Sebagai manusia adakalanya kita boleh fikir mana cerita yang tipu mana yang sahih. Pada saya tak perlu baca apa-apa perkara yang boleh timbulkan fitnah atau memburukan pasal seseorang.

“Macam saya pun tak suka baca yang merepek, hanya diri sendiri yang tahu tentang kehidupan saya, orang lain tak tahu pun. Mereka tiada hak.

“Netizen tak tahu struggle saya di belakang, mereka hanya nampak keburukan dan lupa akan kebaikan yang pernah dibuat.

“Bukan sahaja dunia selebriti, tapi saya percaya orang biasa di luar sana pun akan hadapi nasib sama, kalau satu kesalahan kita buat, sepuluh kebaikan terus dilupakan.

“Pada saya, semua orang layak untuk hidup gembira. Apa orang lain cakap tentang diri kita, just f**k them!,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Nabila berkata hidup yang singkat ini seharusnya dinikmati dengan rasa gembira dan berpesan agar orang di luar sana tidak mempunyai perasaan benci sesama manusia.

“Kalau asyik sibuk dengar orang cakap buruk pasal diri kita, nanti kehidupan tak happy, buat sakit kepala je. Hidup ini sekejap je, so enjoy! Teruskan kehidupan.

“Pesan saya sayangi lah sesama kita, jangan membenci dan judge. Semua benda nak di kritik. Kadang-kadang situasi begini buat saya risau.

“Sampai satu tahap saya terfikir, nasib baik saya masuk industri ini sebelum adanya sosial media. Saya masuk daripada surat khabar. Abaikan kata-kata buruk orang lain! Pedulikan mereka,” tambahnya.

#Nabila Huda #Netizen #Komen Buruk
;