Hiburan
Netizen Tanya Ameera Khan Bila Nak Kahwin, Ini Respons Tuan Badan - “Insya-Allah Pada…”
Personaliti media sosial, Ameera Khan tampil berkongsi pendapatnya mengenai bila mahu mendirikan rumah tangga.
Netizen tanya bila nak kahwin
Perkara itu dikongsikan menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok di mana seorang netizen bertanyakan kepada Ameera tentang bila dirinya akan berkahwin.
Menjawab kepada persoalan tersebut, adik kepada Neelofa itu menyatakan dia mahu menjalani kehidupan sebagai isteri namun pada waktu yang tepat serta yakin dengan ketentuan Allah.
undefined “InsyaAllah pada masa yang tepat sebab masa yang ditentukan Allah itu adalah tepat dan saya percaya terhadapNya kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.
“Kita boleh rancang, kita boleh suka seseorang, kita boleh sayang akan sesuatu tetapi Allah yang tentukan semua sekali, jadi saya hanya tawakkal kepada Allah,” jawab Ameera.
Sekadar info, Ameera Khan sebelum ini secara terbuka menunjukkan bahawa dia sedang hangat menjalani hubungan cinta bersama pelakon dari Indonesia, Jefri Nichol.
Pempengaruh berusia 25 tahun itu juga baru-baru ini terbang ke Indonesia demi menyambut hari lahir ke-26 Jefri Nichol.