Hiburan

Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”

Asyikin Mayudin
08/05/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Perkongsian gambar mesra pasangan selebriti iaitu Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza di Instagram menarik perhatian netizen.

Kongsi Foto Bersama Keluarga

Aiman menerusi Instagram miliknya berkongsi beberapa gambar dia bersama isteri dan anak lelaki iaitu Isaac Raees sempena mereka bakal menimang cahaya mata kedua.
“Last moment as 3 together (momen terakhir sebagai tiga orang bersama),” tulis Aiman di kapsyen perkongsiannya itu.

Netizen Kritik Foto Cium

Bagaimanapun gambar terakhir yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengkritik tindakan aktor itu berkongsi foto bercumbu dengan isterinya.
“Gambar akhir tetap haram ditunjuk walau dah halal sekalipun. Boleh padam dah… sia-sia saja dosa mengalir.
“Tak payah nak tunjuk-tunjuk la kiss, r*men bagai. Cukup untuk kau berdua dalam kelambu jaaa. Semua nak tunjuk. Tak apa walaupom suami isteri dah halal, tak manis untuk dipandang, tak payah nak tiru budaya barat sangat.
“Gambar akhir tu boleh padam kalau tak nak dosa bertambah teruk dan parah,” antara beberapa komen netizen.
Malah ada juga segelintir netizen yang berkata gambar itu juga akan membuatkan seseorang berasa cemburu.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.
Zahirah dan Aiman juga kini sedang menghitung hari menyambut kelahiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.

BERITA TRENDING: Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

​BERITA TRENDING: Didakwa Meninggal Dunia, Ini Respons Aiman Hakim Ridza - “Lagi Lama Korang Layan Media Sosial, Lagi Banyak Benda Merapu”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar