Laman Utama
Netizen Tegur Aurat Wanita Ajnabi Di Media Sosial, Naz Rahman; "Anda Menegur Untuk Up Diri Sendiri"
Pengacara Nazrudin Rahman punyai pandangan peribadi terhadap tindakan segelintir pihak yang menegur aurat wanita yang tidak dikenali di media sosial secara terbuka.
Lebih menghampakan jelas Naz apabila individu yang menegur itu hanya akan berdiam diri apabila bersemuka dengan wanita yang ditegur itu.
"Kepada yang rajin benar menegur aurat wantia yang tak dikenali di media sosial, tapi diam bila bersemuka, adilkah kalau saya kata anda menegur bukan kerana Allah.
"Anda menegur untuk up diri sendiri, nak rasa diri andalah terbaik. Talam dua muka, tepuk dada tanya selera," tulisnya di Twitter.
Tambah Naz, sepatutnya ada pelbagai cara yang lebih berhemah untuk menegur seseorang individu itu tanpa perlu mengaibkannya.
"Kalau betul ikhlas, demi keredaanNya, tegurlah secara sulit. DM boleh, berbisik boleh.
"Mungkar atau alim, tiada siapa yang suka dibuka aibnya, walaupun nampak macam dia yang buka aib sendiri. Peringatan kepada diri saya sendiri," tambahnya.
Pandangan pengacara Jalan Jalan Cari Makan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter.
Ada yang beranggapan menegur (dosa yang dibuat terang-terangan) di media sosial tidak menjadi kesalahan memandangkan niat itu hanya individu berkenaan yang tahu.
Balas Naz; "Apa bezanya di media sosial atau di depan mata? Saya teruja kalau anda juga mengambil inisiatif yang sama dan menegur di depan muka bila nampak kemungkaran ini."