Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

Umirah Halim 26/08/2024 | 21:55 MYT

Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.

Terbaharu, pengikutnya dalam Instagram sekali lagi meneka bahawa Neelofa sedang hamil anak ketiga apabila bentuk badannya kelihatan lebih berisi menerusi sebuah foto yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Netizen dakwa ada babybump?

Menerusi hantaran tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, menjadi tumpuan mata ‘tajam’ netizen apabila rata-rata mendakwa melihat penampakan baby bump pada bahagian perutnya walaupun Neelofa memakai jubah potongan longgar.

BERITA TRENDING: PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”
BERITA TRENDING: Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”
BERITA TRENDING: Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”
BERITA TRENDING: Isu Guna Gambar Berunsur Lucah Untuk Promosi Produk, Neelofa Mahu Letakkan ‘Fullstop’ - “Saya Rasa Lebih Baik Kita…”

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menitipkan ucapan tahniah walaupun tidak pasti sama ada bekas pengacara rancangan MeleTOP itu sedang hamil atau tidak.

“Macam nampak baby bump je.

“Macam baru je umum Abbas lahir, alhamdulillah rezeki lagi.

“Rasanya ini gambar keberapa dah yang rasa neelofa macam pregnant je.

“Tahniah, Insyallah girl,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.

#Anak #Neelofa #Hamil #Netizen #Ketiga #babybump
;