Drama

Netizen Tepuk Tangan, Puas Hati Astrid Kena Maki Dengan Mr Chen! - “Nak Sangat Suami Kaki Pukul Kan, Padan Muka Kau!”

Mya Amri
06/02/2025
09:14 MYT
Sponsor Banner
Netizen Tepuk Tangan, Puas Hati Astrid Kena Maki Dengan Mr Chen! - “Nak Sangat Suami Kaki Pukul Kan, Padan Muka Kau!”
Netizen meluahkan rasa puas hati selepas melihat situasi menimpa Astrid (lakonan Sharifah Sakinah) yang perlu berdepan dengan panas baran Mr Chen (lakonan Fauzi Nawawi).

Menggeletar berdepan lelaki kaki pukul

Menerusi video pendek yang dikongsi di Instagram BamBam Studios, kelihatan Astrid berada dalam ketakutan selepas Mr Chen mengamuk dan memukul pintu toilet dengan kayu besbol sambil menjerit.
Astrid yang berada di dalam bilik air menggeletar dan kelihatan trauma mendengar namanya dipanggil oleh Mr Chen.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati dengan keadaan yang menimpa Astrid.
Antara komen yang diterima:
Curang Tanpa Niat turut dibarisi pelakon hebat seperti Mira Filzah (Elina), Shukri Yahaya (Eshal), Sharifah Sakinah (Astrid), Fadlan Hazim (Ashraff) dan Fauzi Nawawi (Mr Chen).
Drama sebanyak 32 episod ini diterbitkan oleh iFabulous Art Media & Event Sdn Bhd (iFAME) dan merupakan hasil pengarahan Eyra Rahman.

Curang Tanpa Niat bersiaran di Astro Ria dan sooka setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024