Berita

"Never Argue With Stupid People" - Azad Jazmin & Eira Syazira Buat Laporan Polis

Rozaimi Zubaidi
28/03/2019
23:50 MYT
Sponsor Banner
"Never Argue With Stupid People" - Azad Jazmin & Eira Syazira Buat Laporan Polis
Pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira dilihat telah membuat laporan polis.
Laporan itu dilakukan selepas difahamkan ia berkait dengan isu mereka berkongsi gambar Azad bersama patung bogel yang telah menimbulkan perbalahan di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Azad berkongsi gambar ketika sedang berada di balai polis berserta laporan yang dilakukan
"Never argue with stupid people. They will drag you into their level.
"Be smart. Insha Allah negara kita ada undang-undang. Terima kasih," tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Azad telah nenutup ruangan komen.
Terdahulu, pasangan pelakon itu mendapat kecaman warganet selepas berkongsi gambar bersama patung bogel dan dianggap lucah.
BACA: "Post Porn Video Sekali, Best Sikit ....." - Kongsi Gambar Bersama Patung, Azad Jasmin & Eira Syazira Dikritik
BACA: “Peminat Bergaduh, Saya Terpaksa Padam…”- Eira Syazira Padam Foto Azad Dengan Patung Bogel
Foto itu diambil ketika berkunjung ke Pelabuhan Ratu, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.
Azad dan Eira berkahwin pada 2012 serta dikurniakan tiga anak iaitu Amara Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar