Berita
"Never Compare Women!" - Caprice Kritik Tindakan Daler Yusuf
Rapper dan usahawan terkenal, Caprice berkongsi sebuah video mengenai pendapatnya terhadap komen pelakon Daler Yusuf di akaun Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Caprice menasihati orang ramai agar tidak membandingkan kecantikkan wanita kerana itu merupakan perbuatan yang tidak baik.
"Daler Yusuf went to war with the K-Pop community, it's all started when he left his comment on Datuk Seri Siti Nurhaliza's Instagram page.
"First of all, number one rule, never ever ever compare women, you're not gonna win," katanya dalam video terbabit.
Dalam pada itu, Caprice turut memberi pendapatnya menerusi ruangan kapsyen.
"Your character and who you are as a person is what will help you in dunia and akhirat," tulisnya.
Kontroversi mula tercetus apabila Daler didakwa membandingkan kecantikkan Siti dengan aktres Korea Lee Sung Kyung di ruangan komen Instagram penyanyi nombor satu negara itu.